Ini 4 Strategi Monitoring Staf yang perlu anda tahu untuk pantau keadaan Bisnes anda! Bila dah tahu cara monitor, barulah hasil kerja staf semakin berkualiti!
1. Buat Daily Task Routine
Daily Task ni merupakan apa planning atau tugasan yang mereka akan buat pada hari tersebut. Semua perlu ditulis untuk memudahkan Bos buat semakan pada sebelum balik. Baru boleh tahu staf mana yang buat kerja, staf mana yang mengular.
2. Mesyuarat Mingguan/Bulanan
Mesyuarat ini bertujuan untuk ‘Keep in touch’ antara Bos dan staf. Di samping itu, jika ada sebarang persoalan atau kekeliruan daripada staf, perbincangan dapat dilakukan untuk mengatasi maslah tersebut.
3. Menyediakan Laporan
Laporan ni terbahagi kepada dua, sama ada laporan harian atau laporan mingguan. Laporan harian lebih kepada Daily Task yang mereka lakukan semasa masuk kerja tadi. Laporan Mingguan pula lebih kepada semakan tugasan yang mereka lakukan.
4. Menyediakan Deadline Tugasan
Sememangnya, setiap kerja yang staf buat perlu ada deadline. Baru lah staf tersebut dapat monitor dan manage masa yang diperlukan untuk menyediakan tugasan tersebut. Dengan cara ini, hasil kerja yang mereka hasilkan akan lebih berkualiti.
Macam mana perkongsian ni? Dapat sesuatu?