Isu Disiplin Staf, Macam Mana Nak Urus Team Supaya Jadi Efektif
Mesti anda sebagai leader tak pernah lekang dengan isu disiplin team. Makin bertambah team, makin banyak masalah yang timbul. Cuba 3 teknik macam mana nak urus team supaya jadi efektif.
Sabar, bukan anda sorang saja yang alami team bermasalah ni. Ramai leader di luar sana yang sale stuck disebabkan team bermasalah.
“Nak bisnes menang besar waktu PKP ni, tapi isu staf bermasalah tak pernah surut? Dah buntu tak jumpa solusi yang tepat?
Apply 3 teknik rahsia ni supaya hilang serabut dalam kepala.
- Wujudkan Polisi Dalaman Syarikat.
Perkara ini penting kerana kalau anda tiada polisi atau peraturan dalam syarikat, anda tak boleh ambil tindakan kepada orang yang melanggar peraturan. Macam staf nak tahu apa yang mereka buat tu betul atau salah. - Perlu Rekod Setaip Kesalahan.
Apabila berlakunya satu kesalahan secara berulang-ulang tanpa adanya rekod atau catatan. Hal ini akan menyebabkan staf ambilm ringan tentang kesalahan yang mereka lakukan. Jadi, tidak berlakunya pencegahan dalam situasi tersebut. - Ambil Tindakan Berdasarkan Akta.
Bila berlakunya kes disiplin, anda tak boleh terus buang dia atau maki atas kesalahan yang mereka lakukan. Anda perlu ambil tindakan berdasarkan akta dan undang-undang. Barulah anda tak perlu risau tindakan daripada JTK.
Macam mana? Boleh ikut tips yang kami sediakan ni?