5 Cara Kekal Produktif Waktu WFH

Makin lama Work From Home, makin lemau prestasi team? Apply 5 cara kekal produktif waktu WFH.

Bila PKP makin berlanjutan, team makin tak fokus buat kerja dari rumah. Bila tak fokus, mulalah kerja banyak tergendala dan sale masuk pun sendu.

Kenapa boleh jadi macam tu? Team dah ada ke skop kerja yang jelas waktu WFH?

Kami nak kongsikan 5 tips nak team kekal produktif waktu WFH:

1) Terapkan rule 52/17
Rule 52/17 ni merupakan masa yang paling produktif untuk fokus ketika bekerja. 52/17 ini bermaksud 52 minit waktu untuk bekerja dan 17 minit waktu berhehat.

2) Kurangkan multitasking
Semasa membuat kerja, kita tidak digalakkan untuk membuat banyak kerja pada masa yang sama. Hal ini kerana, apabila kita membuat banyak kerj apada waktu yang sama, kita tidak dapat menghasilkan kerja yang berkualiti.

3) Beri keutamaan pada kerja yang urgent & penting
Dalam membuat suatu tugasan, kita perlu lah membahagikan tugas-tugas kita kepada dua bahagian iaitu bahagian yang perlu diselesaikan dengan segera, dan bahagian yang tidak perlu diselesaikan segera. Perkara ini akan membantu anda untuk lebih fokus kepada kerja yang penting.

4) Tetapkan deadline
Deadline ini sangat penting apabila kita melakukan sebuah tugasan. Hal ini kerana, jika kita tidak menetapkan apa-apa deadline, dikhuatiri kerja kita akan semakin bertangguh tak dapat menyiapkan tugas tersebut dalam tempoh yang ditetapkan.

5) Mulai hari dengan fizikal yang aktif
Yang paling penting sekali apabila anda bekerja secara Work From Home, anda perlu memulakan hari anda dengan melakukan aktiviti yang boleh membuat anda bergiat aktif seperti menunaikan solat sunat, bersenam, dan sebagainya.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top