Staf Resign 24 Jam? Apa Checklist Dokumen Untuk Tuntutan JTK?


Staf tiba-tiba bagi notis resign 24 jam, apa dokumen Bos WAJIB bawa ke JTK? Ramai tanya dokumen untuk tuntutan JTK.

Mesti ada Bisnes Owner yang pernah hadap isu staf resign 24 jam. Bila hadap situasi tu, mula nak gelabah. Jadi, apa checklist dokumen sepatutnya Bos bawa bila pergi JTK ni?

Jom semak checklist yang kami sediakan ni:

1. Surat Tawaran Kerja

Dalam surat ini mengandungi Terma dan Syarat. Surat tawaran kerja ni adalah surat yang anda bagi kepada pekerja semasa awal-awal mereka masuk ke dalam syarikat.

2. Salinan IC Pekerja

Kenapa kena ada salinan IC pekerja? Kerana JTK perlu semak maklumat pekerja tu ada dalam rekod.

3. Salinan Slip Gaji Pekerja

Salinan slip gaji pekerja ni perlu ada supaya dapat dijadikan bukti yang anda bayar mereka sebagai pekerja setiap bulan.

4. Surat Peletakan Jawatan Pekerja

Surat peletakan jawatan pekerja adalah sebagai bukti pekerja berhenti 24 jam, bukan anda yang sengaja berhenti.


Mesti ada Bisnes Owner yang pernah hadap isu staf resign 24 jam. Bila hadap situasi tu, mula nak gelabah. Inilah checklist yang perlu anda semak. Semoga membantu anda!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top