Macam Mana Nak Bezakan Isu Disiplin Atau Performance?

Ingatkan staf dah perform tak ada masalah. Tapi, tiba-tiba buat hal tak nak dengar cakap. Ketahui 3 perkara yang yang WAJIB ada dalam syarikat supaya anda dapat bezakan isu disiplin atau performance.

Staf kemain perform, tapi perangai tak boleh bawa bincang. Ini 3 perkara yang WAJIB ada dalam syarikat! :

1. Perlu Wujudkan Polisi Atau Peraturan Dalam Syarikat

Dalam syarikat kena lah sediakan polisi dan peraturan dulu. Kalau tidak macam mana nak tahu benda tu salah ke tidak.

Contoh macam kesalahan datang lambat. Dekat mana tulis kalau bend ani satu kesalahan. Pernah tak anda jadikan benda tu documented kesalahan.

2. Perlu Bahagikan Kategori Major Ataupun Minor.

Sebagai contoh macam kesalahan yang diatas iaitu datang lambat. Kena kenal pasti dahulu ni kesalahan Major ataupun Minor.

Nak kategorikan kesalahan ni kena tahu apa position kerja beliau. Anda tak boleh pukul rata semua staf punya kesalahan.

3. Perlu ‘Dimasyhurkan’. (Diberitahu, Diterangkan, Dinyatakan)

Bila staf masuk ke dalam syarikat kita, Kan kita berikan mereka Offer Letter dahulu. Kemudian kita bagi lagi satu dokumen iaitu Job Description. Offer Letter ni lebih kepada ikatan antara majikan dan pekerja.

Manakala, Job Description cara mudah faham adalah macam mana anda sebagai Bisnes Owner nak bagi staff anda faham tentang kerja yang mereka perlu buat. Jadi, kedua-dua kerja ni diberikan semasa mereka masuk kerja, dan perlulah dimahsyurkan atau dinyatakan kepada staf.

Baru lah staf faham apa yang mereka boleh dan tak boleh lakukan semasa bekerja.

Semoga tips ini membantu anda dalam menjayakan bisnes!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top