Performance staf ni bukan benda yang boleh buat bincang. Staf kalau tak perform macam mana sales syarikat nak grow capai target. So, kalini kami nak kongsikan 5 strategi tingkatkan performance staf.
Rasa macam usia bisnes dah bertahun-tahun, dah layak dapat RM1 juta sebulan. Tapi, kenapa nak capai RM100K sebulan pun susah. Sebenarnya tak susah pun, yang penting anda sebagai bisnes owner ada inisiatif nak tingkatkan performance.
Nak tahu rahsianya? Jom kami kongsikan:
- Jelaskan skop kerja mereka.
Skop kerja ni merupakan benda paling asas bila nak berurusan dengan staf. Perkara ini akan membantu Bisnes Owner supaya lebih clear dengan kerja yang mereka laksanakan. Barulah kerja mereka lebih teratur dan kemas. - Support berterusan dari leader.
Setiap tugasan yang perlu mereka laksanakan, Bisnes owner atau leader perlulah bantu mereka dari segi sokongan dan dorongan untuk mencapai target. Selain mereka berasa dipercayai untuk tugasan tersebut, Bisnes Owner dan Leader dapat create engagement dengan mereka. - Wujudkan sistem reward win-win.
Sistem reward win-win ni merupakan salah satu cara untuk bakar semangat staf untuk membuat satu kerja tu berkualiti. Reward ni boleh juga diberi dalam berbagai bentuk seperti cuti rehat, komisyen lebih, belanja makan dan sebagainya. Baru lah ada keharmonian dalam syarikat. - ada KPI untuk dicapai dengan jelas.
Untuk mencapai tujuan dan matlamat syarikat, Bisnes Owner perlulah tetapkan KPI untuk setiap staf dengan lebih jelas. Bukan bisnes Owner sahaja kena jelas dengan target syarikat, sebenarnya staf perlu lebih faham kerana mereka yang akan bantu untuk capai target tersebut. - Ada sistem monitoring berkala.
Sistem monitoring ni penting untuk memastikan pekerja yang berada di syarikat mahupun di rumah melaksanakan kerja mereka dengan baik dan cemerlang. Bisnes Owner juga boleh meminta mereka untuk menghantar report tentang tugasan yang mereka lakukan sepanjang hari.