KSM arah JKKP Siasat Punca kejadian Kren Jatuh

Sepasukan pegawai penyiasat daripada Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya diarahkan menjalankan siasatan komprehensif bagi kenal pasti punca kejadian struktur kren jatuh di tapak pembinaan Lebuh Raya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) di Jalan Alam Damai, Cheras, Kuala Lumpur.

Siasatan itu juga dibuat untuk tentukan sama ada terdapat perlanggaran kehendak perundangan di bawah Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994.

Mengikut Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994, adalah menjadi kewajipan setiap majikan untuk pastikan keselamatan, kesihatan dan kebajikan semasa bekerja semua pekerjanya mahupun orang awam di tempat kerja di bawah kawalan majikan.

Majikan ada kawalan penuh ke atas sebarang aktiviti di tempat kerja, buat analisis risiko dan adakan kawalan risiko yang berkesan sebelum pekerja menjalankan aktiviti kerja bagi kurangkan risiko keselamatan ke atas pekerja dan orang awam serta elakkan berlakunya kemalangan.

Sumber: Kosmo.

Peringatan bersama! Kebajikan pekerja sangat penting untuk dijaga.

Untuk dapatkan info lebih lanjut pengurusan HR, jom sertai program Business Owner Masterclass (BOM) yang mana kami adakan secara PERCUMA untuk 300 orang terawal sahaja!

Bertindak dengan klik link dibawah untuk DAFTAR SEKARANG!–> http://bit.ly/BusinesOwnerMasterclass

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top