Perutusan Khas YAB Perdana Menteri Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin Yassin (5 Jun 2020)

Kerajaan akan memperkenalkan PELAN JANA SEMULA EKONOMI NEGARA atau secara ringkasnya PENJANA

Kerajaan akan memperuntukkan hampir RM9 bilion yang akan memanfaatkan seramai 3 juta tenaga pekerja melalui beberapa inisiatif iaitu:

  1. Kerajaan akan melanjutkan subsidi upah ini selama tiga bulan lagi
  2. Program Insentif Pengambilan Pekerja berjumlah RM1.5 bilion. Syarikat akan diberikan insentif kewangan untuk memberi pekerjaan kepada golongan penganggur dan belia selama 6 bulan
    1. Pertama: Insentif bagi menggaji penggangur berumur di bawah 40 tahun sebanyak RM800 sebulan bagi setiap pekerja; dan
    2. Kedua: Insentif bagi menggaji penganggur berumur 40 tahun dan ke atas dan golongan OKU sebanyak RM1,000 sebulan.
  3. Insentif kepada majikan yang menyediakan peluang perantis kepada lepasan sekolah dan graduan pada kadar RM600 sebulan
  4. Geran sejumlah RM50 juta dalam bentuk dana padanan akan diperuntukkan bagi platform ekonomi gig untuk mencarum bagi pekerjanya di bawah Skim Bencana Pekerjaan PERKESO dan Skim i-Saraan KWSP; dan
  5. Peruntukan sebanyak RM25 juta kepada MDEC bagi program Global Online Workforce (GLOW) yang bertujuan untuk membimbing rakyat Malaysia menjana pendapatan dalam talian melalui pelanggan antarabangsa.
  6. Insentif percukaian dan juga perlindungan insuran pekerjaan
  7. Geran kepada pengendali taska untuk mematuhi dan melaksanakan SOP yang ditetapkan
  8. E-Baucar akan disediakan untuk perkhidmatan pengasuh kanak-kanak dan juga insentif cukai pendapatan individu untuk yuran yang dibayar kepada taman asuhan dan taman didikan kanak-kanak sehingga RM3,000
  9. Pemberian geran kepada PKS
    1. Pertama: RM100 juta Geran Padanan Digital PKS yang akan disediakan dengan kerjasama syarikat telekomunikasi
    2. Kedua: RM500 juta di bawah Dana Transformasi Teknologi PKS sebagai pinjaman mudah
    3. Ketiga: RM100 juta Geran Automasi Pintar, di mana setiap syarikat yang layak akan menerima geran sehingga RM1 juta.
  10. Skim Pembiayaan Pelancongan
  11. PENJANA bernilah RM1 bilion akan ditawarkan untuk membiayai inisiatif transformasi oleh PKS dalam sektor pelancongan
  12. Pembiayaan Mikro PENJANA dengan kerjasama Bank Simpanan Nasional dan TEKUN Nasional bagi pembiayaan sebanyak RM400 juta di mana RM50 juta akan dikhususkan kepada usahawan wanita.
  13. Langkah dan insentif cukai akan dilaksanakan
  14. Rebat cukai pendapatan sehingga RM20,000 bagi setiap tahun untuk tempoh tiga tahun taksiran pertama kepada syarikat baharu
    1. Remisi penalti untuk bayaran lewat cukai dan juga melanjutkan tempoh perbelanjaan pengubahsuaian dan pembaharuan premis
    2. Elaun Modal Dipercepatkan dan potongan cukai khas sebanyak 30 peratus bagi pengurangan sewa premis akan dilanjutkan
    3. Mengecualikan cukai pelancongan sepenuhnya bagi tempoh mulai 1 Julai 2020 hingga 30 Jun 2021

Sumber : Perutusan Khas YAB Perdana Menteri Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin Yassin
.

#PakarHR
#HRKonsultan
#HRJantungBisnes

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top