Seorang pemimpin perlu mempunyai sifat yang boleh menjadi contoh kepada staf bawahan. Apa ciri-ciri personaliti seorang pemimpin tu? Ikuti 3 ciri personaliti pemimpin berikut.
1. Bertanggungjawab
Seorang yang berhati-hati dalam melakukan sesuatu tugas dan sentiasa mematuhi undang-undang dan peraturan yang telah ditetapkan.
2. Suka bergaul/ peramah
Sifat ini juga amat penting dalam kejayaan kepada sebuah kepimpinan. Sikap suka bergaul dan tidak sombong menjadikan seorang pemimpin dipandang tinggi serta akan dihormati.
3. Berorientasi Pencapaian
Individu ini merupakan orang yang sentiasa berusaha melaksanakan tugas dengan jayanya kerana individu ini akan hanya berasa puas jika ia beroleh kejayaan.
.
#HishamWahab
#SolusiStaf
#PakarHR
#HRKonsultan
#HRJantungBisnes