[Pencarum KWSP digalak buat i-Lestari secara dalam talian mulai 1 Mei] .

Timbalan Menteri Kewangan I Datuk Abdul Rahim Bakri menggalakkan pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) melakukan pengeluaran wang caruman melalui program i-Lestari secara dalam talian mulai 1 Mei ini.
.

Beliau berkata kaedah pengeluaran secara dalam talian lebih efisien dan selamat selain boleh diproses dengan lebih cepat dalam tiga hari bekerja.
.

“Kaedah ini juga bagi mengelakkan kehadiran pencarum secara beramai-ramai di kaunter berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan yang sedang berkuat kuasa sekarang”.
.

Inisiatif diumumkan sebagai satu daripada langkah menangani impak penularan wabak COVID-19 itu dijangka memanfaatkan sehingga 12 juta pencarum dengan jumlah pengeluaran dianggarkan bernilai RM40 billion.
.

Ini adalah inisiatif tambahan selain Bantuan Sara Hidup yang dilaksanakan kerajaan selama ini melibatkan 3.8 juta penduduk dengan peruntukan sebanyak RM5 billion setahun.
.

#PakarHR
#HRKonsultan
#HRJantungBisnes

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top