[COVID-19: Majikan diingat Patuhi Akta Keselamatan & kesihatan {Pekerjaan]

Semua majikan dan pekerja diingatkan supaya mematuhi Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (AKKP) 1994 serta mengambil langkah-langkah kawalan bagi mencegah penularan jangkitan COVID-19.
.

Menurut Kementerian Sumber Manusia dalam kenyataan, majikan perlu menjalankan penilaian risiko dan menambah baik prosedur kerja bagi memastikan pendedahan risiko kepada virus itu dapat dikurangkan.
.

“Pihak majikan hendaklah mematuhi arahan kuarantin yang dikeluarkan ke atas pekerjanya oleh pengamal perubatan berdaftar atau pihak berkuasa berkenaan,” menurut kenyataan itu.
.

Menuraut Kementerian Sumber Manusia, berdasarkan Seksyen 15 (1) AKKP 1994, adalah menjadi kewajipan setiap majikan untuk memastikan keselamatan, kesihatan dan kebajikan semasa bekerja semua pekerjanya.
.

Jadilah BOSS yang prihatin kepada pekerja, pastikan mereka sentiasa memakai mask muka jika ada urusan diluar dan kerap membasuh tangan.

#PakarHR
#HRKonsultan
#HRJantungBisnes

Sumber Artikel : Astro Awani

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top