Sebanyak 22,093 notis dengan nilai kompaun berjumlah RM16.2 juta telah dikeluarkan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) dalam Operasi Pengesanan Majikan (Ops Kesan) Kebangsaan bagi tempoh 2009 sehingga 31 Disember tahun lalu.
.
Ketua Eksekutifnya, Datuk Seri Dr Mohammed Azman Aziz Mohammed berkata, semua kompaun yang dikeluarkan itu melibatkan kesalahan gagal mendaftarkan perusahaan dan pekerja.
.
“Perkeso tidak akan berkompromi dengan majikan yang gagal mematuhi peraturan yang ditetapkan bagi memastikan hak pekerja sentiasa terjaga.Jelasnya, mana-mana majikan yang gagal berbuat demikian boleh dikenakan denda sehingga RM10,000 atau penjara sehingga dua tahun atau kedua-duanya sekali jika disabit kesalahan.
.
Ingat BOSS, kegagalan anda untuk mencarum Perkeso untuk pekerja boleh menyebabkan anda didenda sehinggu beribu ringgit.
#PakarHR
#HRKonsultan
#HRJantungBisnes
Sumber Artikel : Sinar Harian