SERAMAI 130 pekerja sebuah kilang besi di Butterworth dan Nibong Tebal, Pulau Pinang menuntut majikan mereka menyelesaikan isu penyelarasan gaji yang tertangguh sejak lebih setahun lalu.
.
Isu berkenaan timbul selepas perjanjian bersama antara majikan dan kesatuan sekerja kilang itu tidak diperbaharui selepas tamat pada 31 Disember 2018 berbanding dilakukan setiap tiga tahun sekali.Pegawai Perhubungan Perusahaan Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) kawasan Utara, V Vijayan berkata,pihak majikan mahu menawarkan hanya kenaikan gaji berserta sagu hati tetapi jika masih tiada kata putus, perkara ini akan dibawa ke Mahkamah Perusahaan.
.
Sementara itu, pengurusan kilang terbabit ketika dihubungi enggan mengulas isu berkenaan.
.
Isu berkenaan gaji tidak boleh diambil sambil lewa. Jika silap pecaturan pihak majikan boleh dikenankan denda.
.
#PakarHR
#HRKonsultan
#HRJantungBisnes
Sumber Artikel : Harian Metro