5 Proses Yang Bos Boleh Ambil Terhadap Masalah Disiplin

Bila staf buat masalah je, terus nak bagi warning letter? Tunggu dulu, ini 5 proses yang bos boleh ambil terhadap masalah disiplin.

Mesti Business Owner tak pernah lekang dengan isu disiplin staf. Makin ramai staf, makin banyak masalah. Bila dah tak tahu cara nak handle, mulalah makin merebak budaya negatif dalam syarikat. Makin ramailah yang akan terikut-ikut jika Bos tak ambil tindakan sepatutnya.

Ini 5 proses yang anda WAJIB tahu:

Proses pertama: Kaunseling Pekerja (Counseling)
Bila berlakunya masalah disiplin dalam syarikat, mesti ada punca yang menyebabkan berlakunya kejadian tersebut. Anda sebagai bos, kena tahu dulu pangkal kejadian. Dapatkan maklum balas daripada staf yang berkaitan. Jika didapati bersalah, Bos boleh buat akur janji dahulu dengan mereka untuk tak ulang perkara yang sama.

Proses kedua: Keluarkan Surat Tunjuk Sebab (Show Cause Letter)
Bila dah buat akur janji tapi masih lagi ulangi kesilapan yang sama, Majikan boleh keluarkan surat pekerja yang perlu diisi oleh staf dalam tempoh Tiga (3) hari.

Proses ketiga: Surat Amaran (Warning Letter)
Warning letter ni boleh keluarkan jika staf tersebut masih tidak peka dengan Tindakan yang bakal diambil. Jadi Bos boleh keluarkan surat ni dan nyatakan kesan dari segi kenaikan pangkat, kenaikan gaji, dan bonus jika mereka mengulangi kesilapan yang sama.
Staf ni bila dah terima dokumen, baru lah dia berasa bahawa dia perlu ambil perhatian denga napa kesalahan yang dia lakukan.

Proses keempat: Siasatan Dalaman (Domestic Inquiry)
Jika masih lagi berlaku perkara yang sama. Mungkin ada sesuatu yang betul-betul mengganggu dia daripada menjaga disiplin dengan baik. Bos boleh lakukan siasatan dalaman dahulu kepada staf yang lain untuk memastikan apa yang berlaku.

Proses yang kelima: Pemecatan (Termination)
Pemecatan ni adalah keputusan daripada syarikat selepas pelbagai sudut telah di semak. Jika memang perkara tersebut tak dapat dibendung, syarikat juga telah hilang kepercayaan kepada staf yang melakukan kesalahan berat tersebut. Jalan terakhir yang terbaik boleh diambil adalah pemecatan.

Isu disiplin staf bukan boleh buat tak peduli. Staf kalau bermasalah, macam mana syarikat nak grow.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top