1. Merekrut Pekerja
-Biasanya jika kita jelas dengan mis besar perniagaan kita dan juga jelas dengan nilai-nilai yang mahu diterapkan dalam perniagaan kita, lebih mudah untuk menentukan siapa yang sesuai bekerja dengan kita.
.
.
2. Mengurus
-Mengurus ada hubungkait dengan membuat keputusan yang betul bagi mencapai matlamat perniagaan. Untuk membuat keputusan betul mesti ada ilmu. Ertinya untuk menguruskan pekerja, usahawan mesti cari ilmu pengurusan dengan baca atau bertanya.
.
.
3. Memimpin Pekerja
-Jangan dibiarkan pekerja buat kerja tanpa ada bimbingan dan bila mereka buat salah, kita katakan mereka tak guna dan mahu tukar dengan pekerja lain.
.
.
4. Membina Pekerja
-Kita mesti pandai membina perkembangan para pekerja kita supaya mereka terus berkembang menjadi orang atau pekerja yang lebih hebat dan bernilai tinggi.
.
.
5. Mengekalkan Pekerja
-Kalau kita tak pandai dan tak ada ilmu bagaimana nak kekalkan pekerja, alamat mereka akan cabut lari pergi pada majikan yang tahu menjaga pekerja dengan lebih baik.
.
.
Tips Pakar HR
-Setiap majikan perlu mengetahui bagaimana cara yang terbaik untuk mengambil pekerja agar kelak tidak akan menyusahkan kita sebagai majikan.
.
Like & share
.
#PakarHR
#HRKonsultan
#HROutsource
Sumber gambar : Google