Nak sale maintain waktu Pandemik ni, tapi prestasi team makin sendu? Ini 5 cara nak tingkatkan prestasi team!
Waktu Pandemik yang tak berkesudahan ni, semestinya ramai yang struggle nak dapat sale yang diharapkan. Nak capai target apatah lagi.
Sebenarnya apa yang boleh anda sebagai leader dalam syarikat adalah check balik macam mana prestasi team sekarang.
Adakah team masih segar ataupun dah mula lemau hari demi hari.
Ini 5 tips yang anda WAJIB apply yang boleh bantu tingkatkan prestasi team sekarang:
1. Bina matlamat kerja yang jelas
Setiap staf perlu ada matlamat yang jelas semasa melakukan sesuatu tugasan. Kalau staf tak boleh nak tetapkan matlamat atau tujuan mereka bekerja. Perkara ini akan effect dengan kualiti kerja mereka.
2. Memotivasikan team untuk buat yang terbaik
Motivasi sangat penting dalam meningkatkan prestasi Team. Sebenarnya perkara yang kecil macam ini lah Bisnes Owner selalu tak ambil perhatian. Apa yang mereka tahu hanya result semata sahaja tanpa memikirkan usaha yang mereka buat untuk capai target.
3. Berikan ganjaran kepada team yang capai target
Ganjaran ni juga merupakan antara reward ataupun bonus yang anda boleh berikan kepada staf sebagai tanda penghargaan atas kerja yang mereka lakukan. Ganjaran ni boleh je diberikan sama ada dalam bentuk duit ataupun bukan duit bergantung dengan keadaan.
4. Budayakan persekitaran kerja yang positif
Suasana kerja yang kondusif dan positif juga sedikit sebanyak memberi kesan kepada prestasi Team. Bila mereka bekerja dalam suasana yang ceria dan positif, hal ini akan mendorong mereka untuk lebih bersemangat dalam membuat tugasan.
5. Tingkatkan kepuasan bekerja
Anda sebagai Bisnes owner juga boleh menyediakan kelengkapan yang yang mereka perlukan di pejabat. Mungkin kelengkapan tersebut dari segi peralatan kerja, makanan tambahan di pantry, dan macam macam lagi. Perkara inilah yang akan membuat Team anda selesa bekerja dengan anda.
Performance team ni bukan benda yang boleh buat bincang. Team kalau tak perform macam mana nak capai target sale.
5 strategi ni cukup ke nak buat anda faham? Tahu dah ke macam mana nak apply dengan team? Jom la join program kami! Ada banyak lagi tips menarik menanti anda semua!