Ini 3 Rahsia Nak Tingkatkan Confident Sebagai Seorang Leader

“3 tips mudah tingkatkan confident dalam urus team yang ramai leader tak tahu.. ”

Macam mana team nak dengar arahan kalau anda sendiri takde confident? Nak bagi arahan tak jelas, nak delegate task pun susah.

Nak tingkatkan confident sebagai leader?

Jom apply 3 rahsia ni

1.Kenal Titik Kelemahan Diri

  • kenal pasti dahulu kekuatan dan kelemahan diri anda sebagai leader.
  • Senaraikan semua perkara yang jadi kekuatan dan kelemahan anda.
  • Dari situ, kita dapat tahu macam mana perkara-perkara tersebut mempengaruhi diri, sama ada ke arah yang lebih baik atau sebaliknya.
  • Pada masa yang sama, bakat yang ada boleh di-upgrade.

2.Keluar Dari Zon Selesa

  • Setiap apa yang anda buat akan datangkan risiko. Ramai orang yang tak berani untuk ambil risiko sebab takut gagal.
  • Percayalah! Anda kena lebih takut pada kegagalan akibat daripada tak ambil risiko berbanding ambil risiko.
  • Macam tu juga dalam nak handle team, ada situasi di mana anda perlu ambil risiko supaya dapat keluar daripada kepompong zon selesa dan dapat tingkatkan confident.

3.Pilih ‘Role Model’

  • Pilih contoh leader terbaik yang anda minat untuk anda dijadian ‘role model’.
  • Cari kualiti yang ada pada role model tersebut.
  • Lihat kualiti apa yang perlu dibina dalam diri anda berdasarkan kualiti yang dia ada.
  • Apa yang boleh anda buat untuk bina kualiti tu dalam diri anda?

Apa-apa pun, confident ni penting dalam nak uruskan team.

Kita boleh lontarkan idea dengan lebih jelas dan team pun akan respond dengan lebih baik.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top