3 Rahsia Disebalik Leadership Tony Fernandes Yang Ramai Tak Tahu…

Siapa yang tak kenal dengan Tony Fernandes, leader di sebalik kejayaan AirAsia kan..

AirAsia juga dikenali sebagai syarikat penerbangan yang tawarkan harga murah.

Sejak awal AirAsia, Tony Fernandes telah kembangkan team sebanyak lebih 100x ganda daripada 200 kakitangan dan 2 pesawat, kepada rangkaian antarabangsa 20,000 yang kendalikan 250 pesawat.

AirAsia juga pernah berada di ambang kegagalan masa dulu, tapi terus bangkit sampai sekarang.

Kami nak sharekan 3 rahsia AirAsia jadi syarikat penerbangan terbesar di Malaysia.

1. Ada visi yang jelas dan besar

  • Mereka mulakan operasi dengan hanya 2 kapal terbang dan ada visi untuk pastikan airline ini mampu realisasikan impian semua orang.
  • Dibawah kepemimpinan beliau, nampak peluang AirAsia untuk grow ke arah exponential.
  • Dari situ, terciptanya slogan “Now everyone can fly”.
  • Mereka ada visi yang jelas iaitu servis mereka bukan hanya tiket semata-mata, tapi kualiti servis, keselesaan dan makanan dijaga dengan baik.

2.Pandang masalah sebagai peluang

Pernah satu masa di mana banyak syarikat penerbangan bertindak untuk berhentikan pekerja, Tony pula ambil peluang dengan sediakan peluang pekerjaan.

Beliau sentiasa fokus kepada satu perkara pada satu masa dan ambil sisi positif.

3.Kembangkan potensi team

‘Take care of key assets, you people’

Bagi Tony, tugas beliau adalah ubah berlian kasar jadi berlian berkilat.

Beliau anggap team adalah aset bernilai untuk AirAsia dan dorong team untuk berani bermimpi.

Sebab tu AirAsia sediakan training dan peluang kepada team untuk kembangkan potensi mereka.

.

Ini lah antara sifat kepimpinan yang perlu ada pada leader!

Untuk tingkatkan lagi kredibiliti anda sebagai leader, perlu jelas dulu dengan apa yang nak dicapai, barulah dapat bawa team bersama-sama capai impian.

Tony Fernandes

#PakarHR #AirAsia #Leadership

#TipsPakarHR

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top