3 PERATURAN KURANG DIGEMARI STAF & BUATKAN STAF KELUAR SYARIKAT
1. Menyekat Kehadiran Pekerja
Bagi sesetengah majikan mereka masih mengharapkan pekerja datang lebih awal pada waktu yang sepatutnya. Selain itu, ada juga pekerja yang sanggup kerja lebih waktu, dan selesaikan kerja-kerja yang tertangguh demi keuntungan syarikat tersebut.
.
2. Kerap Menilai Prestasi Pekerja
Buat majikan yang sering menekankan prestasi kedudukan pekerja mereka, ini akan menghadkan kreativiti mereka dalam melakukan pekerjaan. Yakni, ada juga majikan yang sering membandingkan antara pekerja yang bagus dan yang kurang bagus. Ini akan menyebabkan konsep pilih kasih, dan pekerja akan merasa kurang berkeyakinan.
.
3. Mengawal E-mel Pekerja
Jika anda masih ragu-ragu dan tidak percaya kepada pekerja anda, mengapa mengambil mereka bekerja?Ada cara yang lebih baik serta menjimatkan masa untuk memastikan pekerja anda membuat kerja dengan lebih cekap dan pantas, selain dari hanya memantau prestasi kerja mereka melalui emel.
.