3 Mindset Bisnes Owner Yang Salah Terhadap HR

Sebenarnya ramai Bisnes Owner anggap kerja HR ni macam kerani je. Nampak macam tak penting pun dalam syarikat. Inilah antara mindset bisnes owner yang salah terhadap HR.

Kesilapan paling besar Bisnes Owner bila hire staff atau HR ni adalah cara diorang hire. Bila ada orang datang interview, asal bernafas je terus hire, asal ada rupa je terus hire. Lepastu duduk termenung bila staf keluar masuk dalam syarikat.

Berikut saya kongsikan 3 mindset Bisnes Owner yang salah terhadap HR:

  1. STAF HR NI TAK NAIKKAN SALES
    Ramai Bisnes Owner anggap STAF HR NI TAK NAIKKAN SALES. Memang silap besar kalau fikir macam ni. HR ni jantung syarikat anda. Mereka ni merupakan elemen paling berharga dalam syarikat. Kalau ambil marketing level dunia sekalipun, kalau mereka ni tak bagus, tak membantu, bisnes anda memang tahap itu jelaa.

  1. ISU-ISU HR NI BOLEH GOOGLE JE
    Bisnes Owner anggap ISU-ISU HR NI BOLEH GOOGLE JE. Anda semua kena ingat, bila nak urus pekerja ni, ada akta yang akan terlibat, ada akta yang majikan kena comply. Silap hari bulan kena saman nanti macam mana? Anda juga yang rugi.

  1. HR NI PASAL GAJI ATAU KWSP JE
    Kesilapan paling utama sekali bila Bisnes Owner anggap HR NI PASAL GAJI @ KWSP JE. Tak kira company yang dah establish ke belum establish ke, jawapan mereka semua sama. Tolong betulkan balik mindset anda. Nak hire orang masuk tempat anda, pastikan anda faham dulu tentang tugas jawatan tu.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top