3 Kesilapan Bisnes Owner Nak Bina Team Yang Bagus

Ramai Bisnes Owner yang rasa diri sendiri je betul bab urus team sendiri. Padahal, benda tu yang tak boleh pandang ringan. Sebenarnya ini merupakan salah satu daripada 3 kesilapan Bisnes Owner nak bina team yang bagus.

Kebanyakan bisnes stuck disebabkan masalah team, masalah nak urus team, team tak capai target dan macam-macam.

Ketahui 3 kesilapan Bos WAJIB elak untuk bina TEAM A+!”

1. Ambil Rujukan Daripada Sumber Yang tak Sah.

Ramai Bisnes owner terlalu percaya kalau Google boleh selesaikan masalah yang mereka hadapi. Ataupun ramai juga yang tanya di media sosial tentang masalah yang dihadapi. Bila banyak komen daripada rakan sosial media, mulalah keliru takt ahu mana satu jawapan sebenar yang dicari.

Tapi bila dah tanya google, mereka pula keliru kerana dapat surat saman. Punca dia sebenarnya mudah sahaja. Dalam google memang banyak jawapan yang kita jumpa, Cuma anda sendiri tak berapa pasti jawapan mana yang perlu betul dan tepat.

2. Ambil Mudah Urusan Bina Profitable Team.

Ramai Bisnes Owner yang anggap urusan bina team ni hanya KWSP, SOCSO, HRDF, dan sebagainya. Mereka rasa bab profitable ni tak berapa penting. Sebenarnya salah! Nak bina team ni kena develop mereka supaya berkembang lebih baik.

3. Tak letak Komitmen Dari Segi Duit, Masa, dan Usaha.

Ramai Bisnes Owner nak upgrade team mereka tapi mereka taknak keluarkan modal untuk training. Nak attend kelas yang percuma je. Bukannya salah, cumanya kelas percuma ni hanya basic sahaja untuk sesuatu ilmu yang lebih besar.

Dapat manfaat daripada perkongsian ini? Jom sharekan tips ni supaya lebih ramai lagi Bisnes Owner tahu dan dapat ambil manfaat.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top