Antara 3 JENIS PEKERJA YANG MAJIKAN PERLU ELAK SUPAYA TAK BAWA MASALAH
1. Jenis Kayu Mati
-Kalau dalam syarikat, kita panggil mereka ini sebagai “penumpang” yang membawa maksud mereka menumpang kejayaan syarikat dan staf lain, merasa untung syarikat tapi berdiam diri sahaja dan tidak memberi input untuk syarikat. Akan tetapi, bukan bermaksud boss perlu buang mereka. Golongan seperti ini masih boleh dibentuk jika diberi panduan dan saluran yang betul.
.
.
2. Jenis Pemalas dan Tidak Produktif
-Dalam banyak-banyak isu yang sering kami bantu, antara isu yang paling kerap dihadapi boss dan bisnes owner adalah masalah attitude. Sejujurnya, masalah attitude memang sukar untuk diperbetulkan kerana ianya bergantung kepada individu itu sendiri dan cara hidupnya. Jika ada staf begini dalam syarikat, boleh menjejaskan kadar produktiviti syarikat.
.
.
3. Jenis Tak Layak
-Sebelum ambil calon bekerja, boss harus beri perhatian kepada job scope jawatan yang dipohon dahulu. Pastikan calon berkelayakan dengan jawatan yang dipohon. Sebagai contoh, jika boss nak cari seorang HOD, pastikan yang lebih berpengalaman supaya mereka boleh lead team. Bila boss yang tersalah pilih calon untuk join team, jangan salahkan orang lain pula.