3 Cara Mudah Dan Efisien Untuk Mengetahui Tahap Kepuasan Kerja ialah
3 CARA MUDAH DAN EFISIEN UNTUK MENGETAHUI TAHAP KEPUASAN PEKERJA
.
1. Peti Cadangan Pekerja
-Melalui cara ini, pekerja dapat menyuarakan pendapat mereka secara terbuka tetapi agak sukar untuk memahami makna sebenar yang cuba untuk disampaikan
-Pihak pengurusan syarikat akan lebih jelas tentang kehendak pekerja manakala pekerja mempunyai ruang untuk menambah baik keadaan tempat kerja sama ada dalam aspek fizikal atau mental
.
.
2. Tinjauan Semula Prestasi Pekerja
-Tinjaun ini hendaklah dilaksanakan secara one-on-one antara majikan dan setiap pekerja sekurang-kurangnya dua kali setahun serta lebih fokus kepada kehendak individu.
-Perkara yang perlu dititikberatkan ialah komplikasi pekerja dalam melaksanakan tugas ataupun konflik dalaman sesama rakan sekerja.
.
.
3. Tinjauan Pekerja Tanpa Nama
-Tinjauan tanpa nama merupakan langkah efektif untuk menggalakkan pekerja memberi respon yang benar. Hal ini disebabkan majikan tidak dapat mengetahui individu di sebalik respon tersebut.
-Selain itu, insentif seperti sarapan percuma boleh diberikan kepada pekerja yang mengisi tinjauan tersebut.
.
Follow telegram PakarHR Channel https://t.me/PakarHRChannel untuk nota & tips HR yang ringkas & padat.
#PakarHR
#HRTips
#HRkonsultan
#HRoutsource
#JantungBisnes
#PekerjaEfisien