10 Tabiat Orang Berjaya

Salam ceria! Saya nak kongsi 10 tabiat orang berjaya. Nak ‘Berjaya’ kena tiru tabiat orang berjaya. Boleh ke boleh?

Jom jadi orang berjaya:

1. Sentiasa bersyukur: Allah akan tambah lagi nikmat bagi mereka yang bersyukur.

2. Mahukan orang lain turut berjaya: sungguh-sungguh nak bantu mereka yang nak berjaya.

3. Bertanggungjawab atas kegagalan: setiap yang berjaya pasti telah melalui kegagalan dulu. Usah putus asa. Fokus kepada impian yang nak dicapai.

4. Punya sasaran & usaha ke arah itu: Target yang jelas serta usaha yang berterusan.

5. Rebut Peluang: Optimis terhadap peluang yang ada. Namun, kaji dulu sebelum nak rebut ya!

6. Selalu bercakap mengenai IDEA: tiada masa untuk ‘membawang’ & bincang isu-isu kurang berfaedah.

7. Mempunyai perancangan: hidup sentiasa dirancang, berjadual. Tiada masa untuk tidak berbuat apa-apa.

8. Hargai orang lain: ucapan terima kasih & senyuman tak lekang dari mulut.

9. Sentiasa berkongsi maklumat: tidak kedekut ilmu. Hakikatnya, ilmu itu milik Allah jua.

10. Sentiasa memaafkan orang lain: tiada dendam & iri hati terhadap orang lain. Fokus untuk majukan diri & orang lain.

Jika bermanfaat, sila like & share ya 😊

#salwaazlan
#HRKonsultan
#PakarHR
#TipsHR
#aurapositif

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top