Bisnes Owner! Cuti wajib & cuti pilihan bertindih, perlu ambil dua-dua ke?
Kita semua sedia maklum cuti Hari Malaysia 16 September adalah cuti wajib yang tertakluk dalam Akta Kerja 1955. Jadi syarikat WAJIB ambil cuti tu dan tidak boleh diganti dengan tarikh lain.
Bagaimana pula dengan cuti Maulidur Rasul yang bertindih dengan cuti umum yang lain pada hari yang sama?
Hari Keputeraan Nabi Muhammad SAW (Maulidur Rasul) adalah cuti umum pilihan di mana majikan boleh pilih mana-mana cuti pilihan selain daripada 5 cuti wajib yang telah diwartakan.
Mana-mana majikan di sektor swasta yang memilih cuti Maulidur Rasul sebagai hari kelepasan am syarikat hendaklah GANTIKAN CUTI tersebut pada hari keesokannya, Selasa 17 September 2024.
Majikan juga dibolehkan untuk menggantikan cuti tersebut pada tarikh yang lain tetapi dengan persetujuan pekerja.
Dapat sesuatu?
𝘚𝘶𝘮𝘣𝘦𝘳: 𝘑𝘢𝘣𝘢𝘵𝘢𝘯 𝘛𝘦𝘯𝘢𝘨𝘢 𝘒𝘦𝘳𝘫𝘢 𝘚𝘦𝘮𝘦𝘯𝘢𝘯𝘫𝘶𝘯𝘨 𝘔𝘢𝘭𝘢𝘺𝘴𝘪𝘢, 𝘒𝘦𝘮𝘦𝘯𝘵𝘦𝘳𝘪𝘢𝘯 𝘚𝘶𝘮𝘣𝘦𝘳 𝘔𝘢𝘯𝘶𝘴𝘪𝘢