fbpx

๐Š๐š๐๐š๐ซ ๐’๐’๐“ ๐Ÿ–% ๐›๐ž๐ซ๐ค๐ฎ๐š๐ญ๐ค๐ฎ๐š๐ฌ๐š ๐ฉ๐š๐๐š 1 mac 2024.

๐Š๐š๐๐š๐ซ ๐’๐’๐“ ๐Ÿ–% ๐›๐ž๐ซ๐ค๐ฎ๐š๐ญ๐ค๐ฎ๐š๐ฌ๐š ๐ฉ๐š๐๐š 1 mac 2024.

Berdasarkan pembentangan Belanjawan 2024 pada Oktober lepas, berkuatkuasa pada 1 Mac 2024, cukai jualan dan perkhidmatan (SST) akan naik ke 8 peratus berbanding 6 peratus sebelum ini.Kadar baru ini tidak termasuk perkhidmatan untuk makanan dan minuman, telekomunikasi dan tempat letak kereta.

Harap semua Bisnes Owner ambil maklum tentang hal ini.Apa yang anda perlu tahu tentang SST?Di bawah SST, cukai ini terbahagi kepada dua iaitu:

1. Cukai Jualan Cukai yang dikenakan ke atas produk yang dikeluarkan dan dihasilkan secara tempatan dan ke atas barang bercukai yang diimport ke Malaysia. (Kekal 6%)

2. Cukai PerkhidmatanCukai penggunaan yang dikenakan ke atass perkhidmatan bercukai yang disediakan di Malaysia oleh penyedia perkhidmatan berdaftar yang menjalankan bisnes.(Dinaikkan kepada 8%)

Kadar baru ni tak termasuk untuk perkhidmatan makanan dan minuman, telekomunikasi dan tempat letak kereta.

Sebagai contoh nak bagi nampak.

Contoh:RM 100 X 6% = RM106 (Caj sebelum dikuatkuasakan)

RM 100 X 8% = RM108 (Caj selepas dikuatkuasakan)

Kalau anda masih mengenakan 6%, anda akan rugi atau tanggung kos sebanyak RM2 untuk setiap jualan RM100.

Sebab apa? Sebab anda kena bayar service tax kepada kerajaan sebanyak RM8 (8%) sedangkan pelanggan bayar dengan kadar RM6 (6%) saja.

Bayangkan ini untuk 1 orang pelanggan. Mungkin boleh la anda tutup sebelah mata je hilang RM2 tu. Tapi cuba bayangkan kalau 1000 pelanggan dan anda masih kenakan 6% SST, tak ke RM2k anda kena tanggung kos perbezaan SST dari6% kepada 8% tu.

So, bermula 1 Mac ni mana2 bisnes jenis perkhidmatan, boleh dah tukar caj SST kalian dari 6% kepada 8%.

#PakarHR#BisnesOwner#8peratus#SST

RELATED POST