๐‰๐€๐๐†๐€๐ ๐’๐„๐’๐”๐Š๐€ ๐‡๐€๐“๐ˆ ๐๐Ž๐“๐Ž๐๐† ๐†๐€๐‰๐ˆ ๐๐„๐Š๐„๐‘๐‰๐€

Baru-baru ni viral dengan isu kontroversi berkenaan dengan satu restoran ramen popular mengenakan denda kepada pekerja termasuk memotong gaji mereka hanya kerana mengambil cuti sakit, pergi ke tandas dan minum air ketika bertugas.

Kena denda bukannya sikit,banyak pulak tu. Minum air sewaktu kerja kena denda RM 500.๐Ÿ˜ฑMenteri Sumber Manusia, Steven Sim memberi amaran kepada semua majikan supaya tidak sewenang-wenangnya memotong gaji pekerja kecuali potongan yang dibenarkan dalam Akta Kerja 1955.

โ€œSaya sudah tegaskan bahawa majikan tidak boleh memotong gaji seorang pekerja mengikut Seksyen 24 Akta Kerja kecuali potongan yang dibenarkan seperti caruman KWSP, PERKESO dan cukai pendapatan.โ€Ingat ye Bisnes Owner. Jika staff anda melakukan isu disiplin sekali pun, potong gaji bukan cara yang terbaik. Kesalahan di bawah Akta Kerja 1955 boleh dikenakan hukuman denda sehingga RM50,000 jika disabit kesalahan.

Pada pendapat anda sebagai majikan dalam syarikat, wajar ke wujudkan polisi yang sebegini? Sebenarnya memang patut ada polisi sebegini dalam syarikat anda supaya jika ada berlaku perkara yang tak diingini, anda sebagai bisnes owner mampu untuk bela syarikat anda.

Inilah antara sebab kenapa PakarHR buat Polisi Boostcamp supaya anda tidak terjerat dengan peraturan yang anda sendiri cipta.Antara polisi dan Akta Kerja, akta kerja lebih utama. Jika polisi anda melampaui akta kerja, kes di mahkamah pun anda boleh kalah. Kami taknak polisi yang anda buat tu menjerat diri anda.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top