Siapa Ye Yang Wajib Carum KWSP ?

Selain daripada orang-orang yang dinyatakan di dalam Jadual Pertama Akta KWSP 1991, seorang majikan hendaklah membayar caruman KWSP bagi mana-mana orang yang diambil untuk bekerja di bawah suatu kontrak perkhidmatan atau perantisan dan termasuk:
.
– Pekerja sambilan, pekerja sementara dan pekerja dalam tempoh percubaan;
.
– Pengarah yang menerima upah dari syarikat;
.
– Pekerja sehingga umur 75 tahun sekiranya masih bekerja 
sama ada sudah atau belum membuat pengeluaran 
penuh/sebahagian selepas mencapai umur 55 atau 60 tahun;
.
– Pekerja yang telah mengeluarkan kesemua simpanannya di bawah Pekerja Berpencen Dan Pesara Pilihan, dan bekerja dengan majikan selain daripada Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri, atau mana-mana badan berkanun atau pihak berkuasa tempatan;
.
– Pekerja yang telah mengeluarkan simpanannya di bawah Pengeluaran Hilang Upaya, dan telah sembuh dan bekerja semula.
.
Nota: Keahlian KWSP
.
Umur minimum: Umur pekerjaan adalah tertakluk kepada Akta Kanak-Kanak dan Orang Muda (Pekerjaan) 1966 .
.
Umur maksimum: 75 Tahun
.
Sumber Artikel : KWSP 
.
Sumber Gambar : Google

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top