𝗞𝗲𝗻𝗮𝗶𝗸𝗮𝗻 𝗚𝗮𝗷𝗶 𝗠𝗶𝗻𝗶𝗺𝘂𝗺 𝗸𝗲𝗽𝗮𝗱𝗮 𝗥𝗠𝟭,𝟳𝟬𝟬: Apa Majikan Boleh Buat?

𝗞𝗲𝗻𝗮𝗶𝗸𝗮𝗻 𝗚𝗮𝗷𝗶 𝗠𝗶𝗻𝗶𝗺𝘂𝗺: 𝗕𝗶𝘀𝗻𝗲𝘀 𝗢𝘄𝗻𝗲𝗿 𝗱𝗮𝗵 𝗿𝗲𝗮𝗱𝘆?

Kenaikan gaji minimum daripada RM1,500 ke RM1,700 mungkin nampak kecil di atas kertas, tetapi hakikatnya, ia membawa impak besar kepada ramai bisnes owner, terutamanya usahawan kecil dan sederhana (SME).

Kalau anda seorang bisnes owner, persoalan besar sekarang ialah: “Nak move on ke nak bertahan?”

Move On:

✅Buat perancangan bisnes dan strategi untuk menghadapi situasi
Bila kos operasi naik, anda perlu semak balik perancangan bisnes anda. Fokus pada aliran tunai, margin keuntungan, dan mungkin cari peluang baru untuk tingkatkan pendapatan. Contohnya, tambah produk atau servis yang boleh hasilkan keuntungan lebih tinggi.

✅Gunakan Tools yang sesuai untuk pantau gerak kerja Team
Ada banyak tools digital untuk pantau kerja team dan produktiviti. Dengan cara ni, bisnes owner boleh maksimakan output tanpa tambah kos pekerja.

✅Sediakan KPI untuk Team
Tetapkan KPI yang jelas untuk team. Bila team tahu apa yang perlu dicapai, mereka lebih fokus, dan ini boleh tingkatkan produktiviti. Jangan lupa, reward team yang capai target untuk pastikan mereka terus bermotivasi.

Bertahan:

✅Optimize perbelanjaan
Adakah ada kos yang boleh dikurangkan tanpa menjejaskan kualiti? Contohnya, cari pembekal yang lebih murah atau kurangkan kos utiliti dengan amalkan penjimatan tenaga.

✅Tukar cara operasi
Kadang-kadang, perubahan cara kerja boleh bantu kurangkan kos. Bisnes owner boleh pertimbangkan automation untuk kerja-kerja tertentu.

✅Kurangkan pekerja
Bisnes owner kena ingat kurangkan pekerja hanya jika betul-betul perlu dan pastikan ia dilakukan dengan cara yang beretika.

Kesan Jangka Panjang

Sebagai bisnes owner, apa pun pilihan anda, penting untuk fikirkan kesan jangka panjang. Kalau anda pilih untuk bertahan dengan mengurangkan kos secara drastik, ia mungkin beri kesan kepada mood dan motivasi team. Team yang tak puas hati boleh jadi kurang produktif atau lebih cenderung untuk berhenti.

Sebaliknya, kalau anda pilih untuk move on dan invest dalam teknologi atau latihan pekerja, ia mungkin beri pulangan positif dalam jangka panjang. Pekerja yang rasa dihargai akan lebih setia dan komited dengan syarikat anda.

Persoalannya untuk majikan, nak move on ke bertahan?

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top