HRDF Seminar 2019 | 20 Ogos 2019 | New York Hotel, Johor Bahru

Lawatan Ketua Eksekutif HRDF ke Booth #PakarHR

Petang ni booth #PakarHR dikunjungi oleh Ketua Eksekutif Pembangunan Sumber Manusia Berhad (HRDF), Tuan VE. Elenjelian bagi mendapatkan maklumat berkaitan servis & training yang kami tawarkan.

Beliau melahirkan rasa penghargaan dengan sokongan dari pihak #PakarHR bagi menyertai program HRDF.

Beliau juga berharap agar #PakarHR dapat menjadi salah satu penyedia latihan yang terbaik di Johor dengan menawarkan program latihan yang berkesan kepada peserta untuk membangunkan dan menguatkan tenaga sumber manusia supaya dapat meningkatkan tahap produktiviti.

Paling penting #PakarHR sentiasa memastikan program yang ditawarkan memberi nilai pulangan yang baik kepada majikan yang mencarum dengan HRDF.

HRDF juga menurut beliau sentiasa menyokong syarikat-syarikat penyedia latihan terutamanya yang baru kerana biasanya mereka akan datang dengan idea-idea yang baru, segar dan program yang lebih dinamik.

Terima kasih Tuan VE Elanjelian atas kepercayaan kepada #PakarHR.

#TrainingProvider
#HRDFClaimable
#HRDFEvent
#Seminar
#SMEs
#HRTechnical
#SoftSkillTraining
#Teambuilding

Scroll to Top