“Apa Yang Majikan Wajib Tahu Pasal Gaji Minimum RM1,500”
Haa, baru-baru ni kan kerajaan umumkan kenaikan Gaji Minimum pekerja menjadi RM1,500 pada 1 Mei 2022.
Sebelum tu, anda sebagai Bisnes Owner dah tahu ke apa tu Gaji Minimum?
Haa, ada beberapa perkara yang anda kena fahamkan betul-betul. Bukannya main ikut je apa yang orang lain buat. Sini kami sharekan ada beberapa perkara yang anda WAJIB tahu berkenaan gaji minimum ni.
Pengecualian Sementara Bagi Majikan Yang Ada Pekerja Kurang Dari 5 Orang.
Pengecualian ini terpakai kepada mereka yang dinyatakan sehingga 31 Disember 2022. Bagi majikan yang dikecualikan, kadar gaji minimum sedia ada akan terus digunakan dan perintah memperuntukkan bahawa bermula 1 Januari 2023, kadar gaji minimum baharu akan dikenakan kepada semua majikan.
Walaubagaimanapun, Had bilangan pekerja 5 orang tak terpakai jika SYARIKAT MENJALANKAN AKTIVITI PROFESIONAL yang dikelaskan dibawah Piawaian Pengelasan Pekerjaan Malaysia/ Malaysia Standard Classification of Occupations (MASCO).
Dapat Sesuatu?
Nak tahu lebih banyak lagi berkaitan dengan isu semasa ataupun tips-tips penting berkaitan pengurusan Team dan Skill Leadership?
Ikuti media sosial kami untuk tahu lebih lanjut mengenai Pengurusan Team dan ilmu Leadership yang lebih efektif:
Facebook: Pakar HR
Instagram: pakar_hr
Tiktok: pakarhr
Telegram: PakarHR Channel
Twitter: PakarHR_