Apa Itu Tempoh Pemutihan PERKESO? #BOSS WAJIB Tahu

Image may contain: text

Image may contain: text

Image may contain: text

 

Apa itu Tempoh Pemutihan PERKESO? #BOSS WAJIB tahu.
.
Tempoh Pemutihan PERKESO adalah peluang untuk semua majikan yang masih belum mendaftar dan mencarum pekerja mereka supaya hadir secepat mungkin dalam bulan 7, atau antara 1 Julai hingga 31 Julai, secara sukarela.
.
Setakat ini 438,000 majikan direkodkan telah mencarum PERKESO.Hingga Disember 2017, seramai 6.8 juta pekerja aktif yang sedang bekerja dengan 435,801 majikan, berdaftar dengan Perkeso di seluruh negara.
.
Ini bermaksud daripada jumlah itu, dianggarkan sebanyak 10 peratus majikan masih gagal mendaftarkan perusahaan dan pekerja mereka.
.
Mana-mana majikan yang mempunyai sekurang-kurangnya seorang pekerja dan gagal berdaftar akan diambil tindakan sewajarnya.
.
PERKESO akan melancarkan Ops Kesan bermula 1 Ogos bagi mengesan majikan yang gagal mendaftar dan membuat caruman untuk pekerja masing-masing.
.
Kenyataan media telah dibuat oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Seri Dr Mohammed Azman Aziz Mohammed berkata Ops Kesan ke-10 itu untuk memastikan semua majikan yang menggaji sekurang-kurangnya seorang pekerja mendaftar dengan sewajarnya mengikut Seksyen 4 Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 (Akta 4) serta Akta Skim Insurans Pekerjaan 2017 (Akta 800) yang berkuat kuasa 1 Jan lepas.
.
Operasi ini juga dilaksanakan bagi memastikan pemandu-pemandu teksi yang bekerja sendiri dan perkhidmatan seumpamanya berdaftar di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri 2017 (Akta 789) yang dikuat kuasakan mulai 1 Jun 2017
.
Like & Share
.
Follow telegram PakarHR Channel https://t.me/PakarHRChannel untuk nota & tips HR yang ringkas & padat.

RELATED POST

LATEST POST

𝗦𝗲𝘁𝗶𝗮𝗽 𝗯𝗶𝘀𝗻𝗲𝘀 𝗽𝗲𝗹𝗯𝗮𝗴𝗮𝗶 𝘀𝗮𝗶𝘇, 𝘀𝗮𝗺𝗮 𝗮𝗱𝗮 𝗸𝗲𝗰𝗶𝗹 𝗮𝘁𝗮𝘂 𝗯𝗲𝘀𝗮𝗿, 𝘀𝗲𝗿𝗮𝗺𝗮𝗶 𝟯 𝗼𝗿𝗮𝗻𝗴 𝗵𝗶𝗻𝗴𝗴𝗮 𝗹𝗲𝗯𝗶𝗵 𝟭,𝟬𝟬𝟬 𝘀𝘁𝗮𝗳𝗳, 𝘀𝗲𝗺𝘂𝗮𝗻𝘆𝗮 𝗮𝗸𝗮𝗻 𝗮𝗱𝗮 𝗰𝗮𝗿𝘁𝗮 𝗼𝗿𝗴𝗮𝗻𝗶𝘀𝗮𝘀𝗶 𝗮𝘁𝗮𝘂 𝗵𝗶𝗿𝗮𝗿𝗸𝗶.

Read More »

FOLLOW US